Selasa, 06 Desember 2011

KITAB SULAIM BIN QOIS AL HILALI




PRAKATA DAN KOMENTAR
Kitab Sulaim yang dikenali juga dengan nama al-Saqifah dan Abjadal-Syi‘ah adalah karangan Sulaim bin Qais al-Hilali al-‘Amiri al-Kufi,sahabat Amir al-Mukminin Ali bin Abu Talib a.s. Beliau telah mengambil bahagian dalam peperangan Jamal, Siffin dan Nahrawan bersama-sama Amir al-Mukminin Ali a.s. Beliau wafat sekitar tahun 90 Hijrah. Terjemahan ini adalah berdasarkan kepada manuskrip Thiqah al-Islam Syaikh Muhammad bin al-Hasan al-Hurr al-Amili, penulis kitab al-Wasa’il (wafat pada tahun 1104 Hijrah) dan diedit oleh Syaikh al-‘Alawi al-Hasani al-Najafi. Diterbitkan oleh Dar al-Funun, Beirut pada 8hb. Ogos, 1980 bersamaan 27 Ramadan 1400 Hijrah. Bagi tujuan terjemahan, saya telah mengeditnya kembali, menjadikannya kepada enam bahagian, meletakkan tajuk-tajuk yang dahulunya tidak ada di tempatnya yang sesuai dan menyediakan rujukan buku-buku karangan Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah yang datang selepasnya bagi tujuan akademik yang tinggi, di samping memberi kemudahan kepada para pembaca yang budiman. Sebenarnya ia tidak perlu kepada rujukan tersebut, kerana buku ini dikarang lebih awal dan buku-buku kemudian menjadikannya sebagai rujukan. Keistimewaan Kitab Sulaim adalah terletak kepada autoriti sanad dan matannya yang unggul di mana Sulaim telah memperolehinya daripada Amir al-Mukminin Ali bin Abu Talib, al-Hasan, al-Husain, Ali bin al-Husain dan al-Baqir a.s. Sulaim berkata: “Ia merupakan kebenaran di mana aku telah mengambilnya daripada ahlinya; daripada Ali bin Abu Talib salawat dan salam Allah ke atasnya, daripada Salman al- Farisi, Abu Dhar al Ghifari dan al-Miqdad bin al- Aswad. Tidak ada satu hadis pun yang telah aku dengar daripada salah seorang daripada mereka sehingga aku bertanyakan pula kepada orang lain dan merekatelah bersepakat mengenainya”. Sementara Ali bin al-Husain a.s. telah mengakui kebenaran Kitab Sulaim: “Benar apa yang dikatakan oleh Sulaim rahmatu Llahi ‘alaihi. Ini adalah hadis-hadis kami yang kami mengetahuinya”. Al-‘Allamah al-Majlisi r.h. telah meriwayatkan dalam kitabnya Bihar al-Anwar secara mursal daripada Imam Ja‘far al-Sadiq a.s.: “Sesiapa di kalangan Syi‘ah kami dan pencinta kami tidak memiliki Kitab Sulaim bin Qais al-Hilali maka mereka tidak mengetahui urusan kami dengan sebenarnya.
Mereka tidak mengetahui sesuatupun daripada sebab-sebab kami. Ia adalah Abjad Syi‘ah yang mengandungi rahsia daripada rahsia-rahsia keluarga Muhammad Saw.” Al-Qadhi Badr al-Din al-Subki (wafat 769 Hijrah) berkata: “Kitab karangan Syi‘ah yang pertama adalah Kitab Sulaim bin Qais al-Hilali”. Abu Abdullah Muhammad bin Ibrahim bin Ja‘far al-Nu‘mani di dalam kitab al-Ghaibah berkata: “Bukan semua daripada perawi-perawi Syi‘ah telah meriwayatkannya daripada para Imam a.s. secara langsung Ini berlainan dengan Kitab Sulaim bin Qais al-Hilali kerana ia secara langsung meriwayatkannya daripada Rasulullah Saw., Amir al-Mukminin Ali a.s., al-Miqdad, Salman al-Farisi dan Abu Dhar serta orang yang bersama-sama mereka yang telah menyaksikan dan mendengar daripada Rasulullah Saw. dan Amir al-Mukminin a.s.” Justeru itu, ia menjadi rujukan Syi‘ah yang muktabar”. Meskipun kebanyakan sanad Kitab Sulaim melalui wasitah Abban bin Abi ‘Iyasy kerana Sulaim telah menyerahkan kitabnya kepada Abban tetapi terdapat juga sanad selain daripada Abban. Umpamanya Hammad bin ‘Isa telah meriwayatkannya daripada Ibrahim bin Umar al-Yamani daripada Sulaim, tanpa melalui Abban. Kemudian Abban telah menyerahkannya kepada Umar bin Udhinah sebulan sebelum kematiannya. Umar bin Udhinah berkata: “Kemudian Abban menyerahkan kepadaku Kitab Sulaim bin Qais al-Hilali. Beberapa bulan selepas itu, Abban meninggal dunia. Ini adalah salinan Kitab Sulaim bin Qais al-Hilali di mana beliau telah menyerahkannya kepada Abban bin Abu ‘Iyasy dan beliau telah membacakannya kepadaku”. Abban menyatakan bahawa beliau telah membacakanya kepada Ali bin al-Husain a.s. lalu beliau berkata: “Sulaim adalah benar, ini adalah hadis-hadis kami yang kami mengetahuiya”. Al-‘Allamah al-Majlisi dalam Bihar al-Anwar menyatakan bahawa Kitab Sulaim bin Qais adalah terkenal (masyhur), di samping itu terdapat juga pengkritik-pengkritiknya. Meskipun begitu ia adalah daripada sumber rujukan yang muktabar. Beliau berkata: “Aku dapati Kitab Sulaim bin Qais al-Hilali yang diriwayatkan oleh Abban bin Abi ‘Iyasy dan telah dibacakannya kepada Ali bin al-Husain a.s. yang dihadiri oleh sekumpulan sahabat di antaranya Abu Tufail dan Ali bin al-Husain a.s. telah membuat pengakuan kepadanya dan berkata: Ini adalah hadis-hadis sahih kami”. Sulaim berkata: “Aku telah berjumpa Abu Tufail di rumahnya. Beliau menerangkan kepadaku tentang raj‘ah daripada ahli Badr, Salman, al-Miqdad dan Ubayy bin Ka‘ab. Abu Tufail berkata: Aku telah membentangkan raj‘ah setelah mendengar daripada mereka kepada Ali bin Abu Talib a.s. di Kufah. Beliau menjawab: Raj‘ah adalah ilmu khas di mana umat tidak mengetahuinya dan dikembalikan keilmuannya kepada Allah”.


Kitab ini adalah berbahasa arab, eiittt tapi jangan hawatir udah tak beri juga yang terjemahannya ^_^, sebelum download beri jempol ama kritik sarannya ditunggu ^_^ ^_^ ^_^


Download : KLIK



1 komentar: